Khamis, 14 Februari 2013

MINGGU 9

UJIAN AMALI MENGENAI PERKAKASAN KOMPUTER

Pada minggu ini, Cik Wan mengadakan ujian amali mengenai perkakasan komputer secara mengejut. Kami agak tidak bersedia ketika menjalani ujian ini.

Ujian tersebut ialah kami perlu menamakan perkakasan komputer yang ditunjukkan oleh Cik Wan dan menyatakan fungsi perkakasan komputer tersebut. Kemudian, melalui perkakasan tersebut, kami perlu menyambungkan perkakasan tersebut pada mainboard mengikut turutan. Ujian ini diadakan secara individu. 


Di sini saya tunjukkan gambar mainboard beserta panduan meletakkan perkakasan komputer yang lain pada mainboard ini.
 


Selepas itu, Cik Wan memberitahu kami tentang kami tidak perlu membuat banner sebagai pertandingan tetapi digantikan dengan membuat poster kelas.
Di dalam poster tersebut perlu mengandungi :
  • Logo Marsah
  • Gambar pensyarah
  • Nama pensyarah
  • Gambar pelajar gerko IT tahfiz
  • Nama pelajar
  • Moto pelajar
SELAMAT MEREKA POSTER      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan