Selasa, 12 Februari 2013

MINGGU 3



PENERANGAN FUNGSI PERKAKASAN KOMPUTER

Pada minggu ke-3 ini, kami ditugaskan untuk mencari maklumat tentang fungsi perkakasan – perkakasan  komputer.

Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device).

Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM).

Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan orang, merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari semua komputer baru pada 2003).
Fungsi perkakasan komputer :
NAMA PERKAKASAN
FUNGSI
CPU (Central Processing Unit) atau unit pemprosesan pusat


1.         Mendapatkan arahan komputer
2.         Memproses data
3.         Mentafsir data        
RAM (Random Access Memory) atau Ingatan capaian rawak


  • sejenis bentuk storan data komputer.
  • Kegunaan utama RAM adalah untuk menyimpan maklumat-maklumat sementara yang sedang digunakan oleh aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan.
  • RAM hanyalah ingatan sementara dan akan terpadam apabila komputer ditutup
TETIKUS

peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan.

SPEAKER

Fungsi speaker secara keseluruhan adalah mengubah gelombang listrik dari perangkat penguat audio menjadi gelombang suara atau getaran.
KEYBOARD

Sebagai alat input untuk memberikan perintah kepada komputer untuk menjalankan program yang ada di dalam komputer.

MOTHERBOARD atau MAINBOARD

* Organisasi, mengatur dan menentukan alat        ( peripheral ) yang biasa dipasang pada komputer
* Kontrol, di dalam motherboard terdapat chipset dan program BIOS yang berfungsi  mengatur data komponen komputer lain
* Komunikasi, hampir  semua  komunikasi  harus melalui motherboard
MONITOR

sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik.
KABEL IDE

medium pengantaraan untuk pengaliran data diantara perkakasan dalaman komputer seperti hard disc dan optical drive.
KABEL SATA

sebuah antarmuka untuk menghubungkan host bus adapter untuk perkakasan penyimpanan data seperti hard disk drive dan optical drive.
SOUND CARD

kad tambahan komputer yang boleh menerima input dan mengeluar output bunyi dengan kawalan perisian.

KABEL POWER SUPPLY

digunakan untuk menghubungkan bekalan kuasa kepada CPU komputer


HARD DISK DRIVE (HDD)

HDD atau yang biasa disebut dengan hardisk  berfungsi sebagai media penyimpan data dalam computer yang bersifat permanen selama HDD tersebut tidak rusak, baik berupa data umum ataupun data system itu sendiri seperti windows, linux, macintos dll.
PRINTER

Printer adalah salah satu hardware (perangkat keras) yang terhubung ke komputer dan mempunyai fungsi untuk mencetak tulisan, gambar dan tampilan lainnya dari komputer ke media kertas atau sejenis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan