Khamis, 17 Januari 2013

Minggu 1


PENGENALAN GERKO TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pada minggu pertama ini,kami diberi penerangan tentang GERKO TEKNOLOGI MAKLUMAT oleh pensyarah kami iaitu Encik Wan Mohd Hazani Wan Ibrahim.

Dalam gerko teknologi maklumat,kami akan mempelajari tentang:
1.       KOMPUTER
·         Perkakasan.
·         Perisian
·         Membaik pulih komputer
2.       Adobe Photoshop CS3
·         Photo
·         Banner
·         Banting
Mulai daripada minggu ini, kami dikehendaki membuat  blog tentang refleksi berkaitan gerko teknologi maklumat. Kami perlu update blog pada setiap minggu.

Tugasan khas pada minggu ini ialah membuat PowerPoint tentang  satu jenis peralatan elektronik seperti telefon, kamera, printer dan lain – lain. Kami perlu membuat sekurang – kurangnya 5 slaid PowerPoint yang mengandungi pengenalan, model, spesifikasi, kelebihan, perbandingan dan kesimpulan tentang peralatan elektronik yang dipilih.  

Serba sedikit maklumat tentang teknologi maklumat:
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.Ianya merujuk segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

KOMPONEN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM) ,cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan,pemprosesan dan penyimpanan maklumat.

Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux,UNIX,Mac OS dan  Windows.Perisian aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat.

Perisian Bebas  / Sumber Terbuka – Secara amnya,boleh didapati secara PERCUMA  atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice.
Perisian Komersial / Sumber Tertutup – Secara amnya, lesen menggunakaan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Microsoft Office.

Sistem Telekomunikasi merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon.

Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti:
Protokol / Senibina Telekomunikasi – TCP/IP, Teknologi Telekomunikasi,/Rangkaian – ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth dan Teknologi Media Penghantaran – yang terdiri daripada Wayar tembaga , Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit.

ORGANISASI
Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut.

PENGGUNA
Pengguna teknologi maklumat: Pengguna sistem yang tidak mentadbir sistem tersebut seperti kerani, juruwang, pengurus dan sebagainya.
Pentadbir teknologi maklumat: Juruteknik komputer,pengurus teknologi maklumat, juruanalisasistem, pengaturcara program dan sebagainya.

SEJARAH TEKNOLOGI MAKLUMAT
Istilah “teknologi maklumat” muncul pada sekitar dekad 1970-an.
Komputer komersial yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer , diikuti dengan rapat oleh computer peribadi IBM pada tahun 1981.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan